SAKA MAHARAJA DEWA


Gambar Hiasan

Dewa adalah salah satu dari golongan jin, ia terbahagi kepada beberapa jenis seperti dewa kayangan, dewa angin, dewa api, dewa air dan sebagainya.
Sang kelembai yg agak popular dalam masyarakat melayu adalah gantinama dewa api. Dewa api dan dewa angin adalah agak kuat dari kalangan dewa dewa, tetapi dari semua golongan jin, dewa adalah terendah tahapnya walaupun kesemua mereka besar besar tubuh dan rupaparas.
Walaupun dewa ni banyak keberadaannya dalam masyarakat melayu sebagai dampingan dan saka, namun walau ia mahir dan hafal ayat ayat AlQuran, tak de seekorpun dewa yg memeluk islam, kebanyakkan mereka beragama hindu dan ada juga agama lain seperti kristian...

Kisah ini terjadi pada tahun 2008

Suatu hari aku bersama seorang teman lelaki dan dua wanita ingin menziarah sifu aku (bukan sifu sebenar sebab aku tak belajar dengan beliau, Cuma selalu merujuk kalau ada kekeliruan) atas urusan zakat menaiki kereta antik aku merz s class... hehe... sebenarnya kami tak sangka langsung akan berlakunya kejadian dan pengubatan ni kerana niat nya hanya tentang nak berzakat, dan budak tu pun tak de rasa apa apa kelainan atau gangguanpun.
Sebelum sampai ketempat dituju, kami singgah disebuah mesjid untuk solat asar, setelah siap kami agak lama menunggu 2 wanita tersebut kerana maklumlah, orang pompuan kan agak leceh kalau solat, hehe..... Setelah mereka berdua masuk kereta aku, yg sorang tu bertanya aku, tom ko tengok dia ni, macam dah nak pingsan pulak! Aku tanya apasal, dia cakap mana aku tau, sebab tu aku tanya engkau katanya, aku pun jawab, dalam badannya ada saka, tu dah takut le tu, takut kene bunuh! Hehe
Kamipun teruskan perjalanan menuju ke rumah sifu, setelah sampai, kami duduk dikawasan open air, ada beberapa meja plastik dan kerusi kerusi plastik, aku duduk betul betul berhadapan dgn sifu dan disebelah aku budak yg dah lain macam tu. Setelah dihidangkan minuman, kami minum serta sembang lebih kurang, aku pun berkata kat sifu, Hj, tolong tengok budak ni, dari tadi lepas sembahyang lain macam je, kataku.. hj tu pun tengok lalu ditiup lembut dari jauh pada budak tu, budak tu tiba tiba seperti tidak keruan, pak hj tiup lagi dengan lembut, tiba tiba budak tu yg duduk disebelah aku terus menepuk meja beberapa kali sehingga gelas dan pinggan atas meja hampir melambung lambung akibat gegaran. Dengan pantas aku dan kawan lain mengalihkan apa yg ada diatas meja takut jatuh ke tanah dan pecah...
Tiba tiba budak tu bersuara garau dengan garangnya sambil merenung pak hj ‘MENGAPA KAMU PANGGIL BETA?’ Beta? Kata ku dalam hati... Dan pak hj dengan berhemah berkata’ ampun tuanku beribu ampun, sembah patik harap diampun, tuanku ni siapa, datang dari mana? Jin itu menjawab’ aku dewa maharaja ............(aku tak ingat nama yg disebutnya) datang dari lautan............ pun aku tak ingat tapi kedudukannya berhampiran kepulauan riau indonesia. Pak hj bertanya lagi, mengapa tuanku ada ditubuh budak ni? Dewa tu jawab aku dah ratusan tahun menjaga keturunan budak ni... Sebenarnya budak perempuan ni anak sulung, tapi bapanya baru beberapa bukan meninggal dunia, bapanya juga anak sulung, dan saka maharaja dewa ni hanya menjaga keturunan dia yg sulung sulung aje... mengapa aku tak tau, perjanjian asal kot!
Pak hj tu pun berkata, tuanku, tuanku pergilah, jangan kacau budak ni, dewa tu cakap ‘ Beta bukan kacau dia, beta jaga dia!’ Masa ni baru aku menyampuk perbualan mereka, aku tanya, apa kelebihan yg dia dapat sejak ko jaga dia? Biasalah aku kan brutal, mana aku nak bahasakan diri patik patik dengan jin jin) hehe Dewa tu berkata, beta serikan wajah dia, beta buat dia lebih konfiden terutama kalau berurusan dengan client, beta buat dia berani, beta buat client dia terpegun dengan kata katanya dan mengikut apa saja cadangan yg diberikannya. Dan macam macam lagi aku tak ingat.
Aku perasan, pak hj tu kejap kejap tiup dewa tu kasi lemah, memang mula mula tu garang tapi bila pak hj tu manjang tiup dia, dia seakan kepanasan dan kesakitan.. Pak hj tu pun cakap lagi, tuanku pergilah, jangan kacau manusia lagi, dewa tu kata, beta tak kan tinggalkan keluarga ni, dah ratusan tahun beta jaga mereka, Aku menyampuk, jaga mereka? Apa yg ko jaga? Dulu bapa dia kene sihir, ko tengah jaga bapa dia kan, kenapa sihir tu tembus? Kenapa bapa dia menderita ? ko tak tolong pun? Dia jawab, sihir tu guna jin juga, semua kawan dan sedara beta juga, so, kalau jin jin yg kacau, beta tak tolong halang sebab jin tu saudara dan kawan beta. Beta hanya halang kalau manusia yg kacau dia. Aku tanya lagi, kalau gitu tak guna la ko dilantik sebagai penjaga, ko tak boleh jaga dia pun! Dewa tu kata, beta banyak dah tolong bapa dia, kawan kawan jadi gerun dengan dia dia, ada beberapa kali pencuri nak masuk rumah dia, tapi beta takutkan pencuri tu sampai dia lari lintang pukang.
Aku berkata lagi, ko silap ikut orang la, sekarang ko dah terjebak dengan kami ( maksud aku, aku dan pak hj tu la) aku kata lagi, tak akan ada jin yg kacau manusia yg meminta kami bantunya selain maut pada jin tu, tiada kesian kesian. Pada aku, nak hapuskan dewa ni celah kuku jek.....hehe perasan la..... Tapi dewa tu terus dengan kedegilan dia, beta ni maharaja dewa, sangat kuat, umur pun dah ribuan tahun, belum ada manusia yg boleh kacau beta. Aku cakap lagi, berlagak la ko ni, kuat konon, kenapa kepanasan dan menggeletar? Dia kata abis pak hj tu tiup aku, sakit tau! Aku ketawa, kata kuat!
Aku teruskan perbualan, ko berapa ekor yg ikut budak ni, dewa tu enggan beritau, tapi pak hj tu kata 4 ekor je... aku tanya dia betul ke, dewa tu mengangguk... biasa la aku saja suka suka nak layan maharaja dewa, nak main mainkan dia... hehe
Aku tanya dia, mana kawan kawan ko? Dia geleng kepala, aku tanya dia, ada dekat dekat sini ke? Dia geleng lagi dan kata ‘rahsia’ so aku tanya pak hj mana ji? Dia kata jebih kurang 3km je dari situ, 2 ekor! Merah padam dewa tu bila pak hj beritau aku, tapi dia diam je... aku pun katalah.. hehe ko tengok ye, apa yg aku boleh buat...., jangan salahkan aku, ko yg degil taknak tinggalkan budak ni, Sekarang ni aku akan bunuh kawan kawan ko dulu........
Aku pun pejam mata dan fokus pada rakannya salah seekor tu lalu zassttttttt, tiba tiba aku terasa aku di terajang dan aku terjatuh atas tanah, luka juga tangan aku kene batu batu kecil, cilaka punya dewa! Tapi biasalah aku walau jatuh aku tertawa terbahak bahak dan semua yg ada pun ketawakan aku.. kah kah kah... Hoi cilaka ko, berani ko terajang aku yg hensem ni! Jeritku...... weekkkkkk nak muntah yg lain dengar aku cakap, hehe.
Aku tanya dewa tu setelah aku betulkan kerusi yg tumbang kene terajang lalu aku duduk... kenapa ko terajang aku? Mentang mentang aku pejam mata, ko suka suka terajang aku, bukan aku buat apa pun kat ko! Dia dengan marah berkata, ko ingat beta tak nampak? Ko dah bunuh satu kawan beta! Aku cakap mana ada, dah tentu aku duduk sini (sebelah dia) kawan ko tu kan jauh! Dia cakap ko ingat aku buta ke? Aku cakap lagi tu la, ni salah ko juga, aku dan pak hj dah suruh pergi tu, ko pergi la, jauh dari alam manusia, jangan kacau manusia lagi... dia cakap, Beta nak pergi mana?, dah ratusan tahun beta ikut keluarga ni.., aku cakap lagi pergilah kelaut asal ko ke, ke hutan ke ke gunung ke atau kemana pun asal jangan kacau manusia!
Beta tak boleh, tak akan pergi, katanya... so aku sambung, kalau cam tu, aku pun tiada pilihan, kecuali menamatkan riwayat ko....akupun zassst lagi seekor rakannya yg bersama yg mati tadi sambil pejam mata (aku lupa yg aku dah kene terajang tadi tapi jarak aku dah jauh sikit dari dewa tu) tiba tiba aku kene tendang lagi tapi tak tepat sebab aku dapat elak sikit, tapi kene juga la, walau tak jatuh! Cilaka punya dewa kataku sambil ketawa berdekah dekah, dia nak terajang aku lagi tapi aku dah lari sambil ketawa.....hehehe menjadi juga silat langkah seribu aku tu
‘Pantang betul beta diketawakan manusia, tak pernah ada manusia yg berani ketawakan beta selama ni’ katanya dengan geram yg amat sangat... sambil menggetab getab bibir....aku dengan selamba terus ketawa... pak hj dan rakan pun turut ketawa....
Ok ok, aku sambung lagi..... mana kawan ko yg seekor lagi? (Yg last la sebab termasuk dia Cuma 4 ekor...) Tanyaku, dia diam tak kata apa apa.... so aku cuba scan (sebenarnya aku bukan tau scan pun) hehe tapi macam terbayang rumah dia pula
Aku pun zasst dari kejauhan, berkecai dewa seekor tu yg dirumahnya, tapi dewa yg sebelah menjerit lalu berdiri mengejar dan cuba menumbuk aku, (mungkin yg baru aku bunuh tu permaisuri dia kot, hehe) apa lagi aku pun buka la silat langkah seribu sambil ketawa dan mengelak tumbukannya, kalau kene sakit beb, budak tu dengan aku, besar dia, kalau kene tepat boleh lebam biji mata! Hehe sambil mengelak aku tepis dan zasst tepat kat tengkuk budak tu (tak de sentuhan pun) tapi budak yg ada dewa ditubuhnya tu terus terkulai jatuh ke tanah, macam menggelupur sikit, hehe power juga zasst aku tu, tapi dia cuba nak bangun lagi, dan aku zasst kat belakang pula, bila dia cuba nak bangun lagi, pak haji pula bantu aku tepuk kedua belah telinga budak tu dan pak hj kata, dah dah dah... ko perasan je tu, dewa tu dah mati.... ( habis dah semua sekali saka maharaja dewa yg ikut budak tu.. )
Rakan aku pompuan yg sorang lagi bantu budak tu bangun, dan duduk semula dikerusi dan kami teruskan perbincangan tentang zakat dan perkara perkara lain hinggalah agak petang, kami pun pulang.... selesai
 
 
LihatTutupKomentar